Sabtu, 8 November 2014

Sektor Penternakan Puyuh ASQ

Gambar contoh sahaja


Secara umumnya pertanian adalah suatu perniagaan begitu juga bagi bidang penternakan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang bidang yang telah memberi sumber pendapatan sampingan kepada saya dan keluarga.

Penternakan puyuh yang saya lakukan pada mulanya hanyalah sebagai hobi sahaja untuk mengisi masa lapang dan tujuan utama adalah untuk mendapatkan telurnya. Setiap hari puyuh akan bertelur. Apalagi hari-harilah kami makan telur..sedapnya macam-macam masakan boleh dibuat, telur rebus, goreng, tumis, sate, sup. Selalu saya dengar orang cakap telur puyuh tinggi kolestrol. Tapi mereka tahu tak apa tu kolestrol? berapa banyak kandungannya? dan berapa banyak badan seseorang perlukan kolestrol?..haha setahu saya 4 biji telur puyuh bersamaan 1 biji telur ayam. Jadi kalau sehari kami makan hanya 2 atau 3 biji seorang, masih okeykan....??

Dipendekan cerita, sedar tak sedar sudah hampir setahun kami menternak puyuh. Dari hobi sekarang jadi minat yang mendalam terhadap bidang penternakan puyuh ini. Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli puyuh untuk diternak sebagai hobi bolehlah order dengan kami. Selain itu, kami juga menjual telur puyuh dan dagingnya.

Sekian, jumpa lagi.




1 ulasan: