Jumaat, 5 Disember 2014

Kertas kerja Projek Ternakan Puyuh ASQFarm


ASQFarm
Kertas Projek Penternakan Puyuh ASQFarm



Pengenalan
            Penternakan burung puyuh semakin mendapat sambutan dari pengusaha tempatan di negara kita. Burung puyuh mempunyai saiz badan yang kecil memudahkan ia dipelihara kerana tidak memerlukan kawasan ternakan yang besar. Kebiasaannya pengusaha ternakan membina reban bertingkat kerana dapat meminimunkan kawasan ternakan tetapi mampu menempatkan jumlah ternakan yang banyak. Terdapat beberapa hasil dari penternakan burung puyuh ini iaitu telur puyuh, daging dan puyuh baka.
Latar belakang
            AdiSiti_QuailFarm (ASQFarm) merupakan nama pengusahaan ternakan burung puyuh kami. ASQFarm kami usahakan pada disember 2013 yang terletak di kampung Empila. Dengan modal sendiri kami memulakan ternakan puyuh ini secara kecil-kecilan. Baka burung puyuh kami perolehi adalah dari penternak puyuh tempatan.
Sistem penternakkan
          Burung puyuh yang kami ternak menggunakan sangkar perindukan dan sangkar bertingkat.
 Sangkar perindukan digunakan untuk menempatkan anak burung puyuh dari umur 1 hari sehingga berumur 2 minggu. Pada peringkat perindukan ini, anak puyuh memerlukan penjagaan yang rapi. Makanan dan minuman diberi tanpa had bagi memastikan pembesarannya tidak terganggu. Faktor haba adalah sangat penting pada peringkat ini bagi memastikan anak puyuh tidak mati kesejukkan. Oleh itu kami memasang lampu sebagai sumber haba dalam sangkar perindukan ini.

Setelah burung puyuh mencapai usia 2 minggu ke atas, kami tempatkannya  di dalam sangkar bertingkat. Sangkar yang kami bina ini mempunyai 3 atau 4 tingkat di mana setiap tingkat boleh menampung sebanyak 50 ekor. Pada peringkat ini burung puyuh diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengahari dan petang.
                                          


           
Bekalan anak puyuh
            Kami menggunakan telur-telur burung puyuh dari ternakan kami sebagai baka pusingan bekalan anak puyuh. Telur-telur akan kami pilih dahulu untuk memastikan kadar penetasan dapat mencapai tahap maksimum menetas. Mesin penetasan telur kami buat sendiri dengan sumber haba 2 biji mentol 60watt.


Kesimpulan
Memang tidak dinafikan, permintaan di kalangan pengguna terutama penduduk kampung kami terhadap daging dan telur burung puyuh ini amat menggalakkan sekali. Sehingga kini, ASQ aktif menjalankan perniagaan berasaskan puyuh iaitu menjual telur, anak puyuh dan dagingnya. Disebabkan pemintaan tinggi inilah yang mendorong kami bertekad mahu mengembangkan lagi usaha ternakan burung puyuh kami sekaligus dapat menjadi pembekal kepada restoran, kedai makan dan supermarket.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan